Monday, June 27, 2011

LCD, PROJECTOR kampus kena curik??

hish hish hish... x dak benda lain ka nk curi ar...em ap la nak jadi dengan manusia zaman skung kn... yang lawaknya dengan sangkar2 projector dia kebas skali...huh dasyatnya..dengan bnda apa la yg dia potong ek... yang pastinya ini mesti kerja org dalam sb dia tau selok belok bangunan kampus aku... em dalm library pon pecah masuk pastu curik duit syiling plak tu..huih lawok btoi pncurik nie... em cam nak kenal ja ngan dia.. hehe yg herannya komputer/laptop yg ada dekat library tu tak amik lak...em msti dia konpius kan nk amik laptop ka syiling...hahhaha ap2 pon aku harap dapatlah ditangkap pencurik tu secepat mungkin...

Sunday, June 26, 2011

MAIL LAMBUNG VS AH CAI THE MOVIE

JoZan Maharaja Lawak

Ahmad Idham nk buat film tuk JOZAN kita!!! x sbr rasanya nk tggu kemunculan diorang kan... apa2 pon kita sebagai JOZANNERS msti support JOZAN!!! (apsal ak smgat sgt nie) hehe ak pasti film nie akan pecah panggung punya smpai prut2 pon pecah...x gitu..hahha mari kita sama2 nantikan kemunculan MAIL LAMBUNG VS AH CAI THE MOVIE ni...

* begitulah awan nano nano nano nano nano nano nano nano nano....

Friday, June 24, 2011

DUNKIN'S NEW CHOCOLATE DONUTS


You know how really attractive people can sometimes get away with murder just because they're so good looking?
em memang best n sedap kan bila tengok gmba nie... tapi korang taw x kandungan gula yg digunakan dalam pembuatan donut nie?? huh OMD!! (oh mak datuk) punya la byk... kalah gula yg digunakan ary2 aku wat air kopi tuk my father.. em lagi pown gigi ak plak sensitip ngan bnda2 mnis nie.. blom masuk mulut ag dah terasa sakitnya..hehe so lebih baik sakit gigi sblom mkan daripada slpas mkan....

Maharaja Lawak Final Akhir - Jozan - Minggu 13


frust gak la JOZAN x juara...tapi nak wat cmna kan..da x dk rezki diorang jadi juara...tapi diorang tetap juara di hati peminat-peminat kan... HIDUP MAIL LAMBUNG DAN MAK JEMAH!!! >__<

FRIENDS 4EVER!!!

Hati itu ibarat berlian yang bergemerlapan
Setiap ukhuwah yang terjalin adalah penguat sinarnya
Maka
Simpanlah setiap satunya dalam hatimu
Sahabatku
Ku harap kau mengerti
Bahawa hidup ini tak pernah sepi
Kerana kau punya sahabat yang tak pernah menyepi
Semoga ukhuwah yang dibina dengan lafaz
Bismillah hanya akan diakhiri dengan innalillah...

SEPAH MENANG, JOZAN TETAP MENANG!!!

em x kisah la kalau SEPAH menang tapi ak tetap sokong JOZAN...walaupun depa no 2, tapi dalam hatiku depa tetap pelawak no 1... Harap2 job diorang pas nie lagi bertambah la ye..hehehe ap2 pon tahniah pada SEPAH, JOZAN, NABIL DAN JAMBU....korang memang berbakat!!!

Thursday, June 23, 2011

HARI JUMAAT...


Penghulu bagi semua hari...
sembahyang Jumaat...
budak sekolah balik awal...
Kedah, Kelantan dan Terengganu cuty...
aku bosan x taw buat apa...

ROMANTIK KEW??

Suatu hari di tepi pantai yang indah lagi nyaman, si isteri berbicara dengan sang suami... perbualan mereka dirakam seperti yang di bawah:

P: Awak, sekarang ada sesiapa yg lebih penting daripada saya?

L: mestilah tidak..

P: Untuk sekarang dan selamanya?

L: untuk selamanya..

P: Awak, adakah saya penting bagi awak?

L: sayang adalah orang yg sangat penting dalam hidup abang..

P: Awak sayang saya tak?

L: jauh di sudut hati abang amat menyayangimu sayang.. hey kenapa nie??

P: Walaupun apa yg akan terjadi awak masih sayang saya seorang?

L: apa sayang mengarut nie… cakap dalam tidur ya…

P: Em tapi saya rasa, saya mungkin akan jadi orang kedua yg awak sayang selepas ini..

L: hah??

P: Dan mungkin awak juga orang kedua yang saya akan sayang selepas ini…siapa tahu..

L: what??

P: sebab saya perlu beri lebih perhatian kepada…….(sambil mengusap-usap perut)

L: eh?! Sayang pregnant?? Really??? Alhamdulillah syukur… I love u so much!!! Papa love u, baby!!!

are they sweet?? em..em..what do you guys think???



CAN YOU FEEL MY HEARTBEAT?

the heart that you stepped all over and left
it's still beating...
beating for you...

No matter how hard I try to forget...
No matter how many new people I meet...
Why do I keep thinking of only you when I turn around?

I don’t want to do this anymore, I want to stop...
No matter how many times I try and try to stop myself...
It’s no use my heart is broken...

SAYA BENCI AWAK!!

ap benda tu ek... i hate u (bhsa omputih) niga mibda (bhsa korea) Watashi wa, anata ga daikirai (bhsa jepon) wo hen ni (bhsa cina) poot ko sa iyo (bhsa filipina) C̄hạn kelÄ«yd khuṇ (bhsa thai)... ok ckup la tuh..hehe em ap mknanya bagi korang semua....adakah ia digunakan bagi orang2 yg bercinta je kew? nie kategori benci gila ka benci betoi ka benci manja??? slalo prkataan nie siapa yg kerap guna?? laki or pompuan?? em...banyk toi ASYIERA MOHMAD SABRI punya soal... nak tau carik ar sndri kn..em..em...
Read phonetically

Saturday, June 18, 2011

Maharaja Lawak JOZAN

JOZAN... memang best... ak baru lepas tgok marathon maharaja lawak edisi jozan... sampai nk pcah perut ak punya gelak dengan telatah diorang... aku harap diorang akan menjadi juara dalam maharaja lawak ni...(tapi undinya tidak..hehhe) em...ak still student so x pyh membazir wit kan... kita sokong from bottom of my heart dah lew...hehhe ap2 pon JOZAN memang the best forever lah... MAIL LAMBUNG teruskan kegangsteran anda dan MAK JEMAH, af dah abes so jadi 'koreographer' dalam mari menari pown ok gak...ada AWAL...hahha... lepas nie teringin nak tgok diorang bergandingan dalam sebuah filem komedi kew, romantik komedi kew, komedi seram kew... hehehe mesti bes kan...

Elecoldxhot Showdown 2011 Live WeeK 7

Thursday, June 16, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Ada Kew Wanita Cam Gini???


KISAH JIMMY SHANLEY...

INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.

Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.

Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.

Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.

Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.

Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.

Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.

Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.

Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.

Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.

Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.

Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.

Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.

Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.

Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.

Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.

Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.

Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.

Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.

Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.

Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.

Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.

Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.

Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.

Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.

Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.

Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.

Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.

Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.

Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.

Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.

Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.

Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”




HAZAMA AHMAD AZMI a.k.a PAK LANG
JUARA AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-9

Monday, June 13, 2011

CINTA TERAGUNG

maafkan aku...
sekiranya tak termampu untuk mencurahkan semua isi hatiku...
ternyata tak terkata...
rinduku padamu...

ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya...
namun ku tetap berjanji akan masih mencuba...
untuk memujuk hati mu...
mencintai aku...
kerna semua yang ada hanyalah untukmu...

secebis perasaan ku hamparkan..
membawa sejuta harapan...
managih cinta teragung darimu..oh..




HAZAMA AF9 - CINTA TERAGUNG [ OFFICIAL MV ]

Sunday, June 12, 2011

My Journey Almost Done...

em.. so sad. skang aku da sem 5, x lama lagi dah nak praktikal pastu blah dari snie (alor str).. sonok pon ada gak, sdih pon ada gak.. tapi ak lbih sonok ar kan...hehe tapi skung ak masih tercari2 tmpt nak praktikal, masih buntu... em rasa cam nak g merantau lagi tapi nanti susah lak di negeri orang.. apa2 pon ak masih mencari konklusi bagi persoalan nie..

Hello!!! My name is Nursyahirah Mohmad Sabri. You can called me Syiera or Asyiera. I like to be a friends. So, are we friends??

It take 1 second to say i love you but it takes a lifetimes to show.. are u guys agree with me?? em.. but what can we do for make our love everlasting.. I LOVE U, is a very simple word that everybody can just say that but is it come from ur heart or just want to tackle someone u like? maybe some people do not realize that this word can make ur heart getting hurt too much especially for women.. so what the solution from this problem? em.. i'm not very sure becoz i actually do not have any experiance in love..